Tuesday, March 18, 2008

perkara yang berlaku di sekolah..

tepat jam 11.55 pagi, 19 Mac 2008, hari Rabu.. kami berempat, Nazri, Ali, Khai dan Hilmi, menggunakan komputer di Makmal Komputer di sekolah.. Seluruh kelas melayu kami, yang dibawa Cikgu Noraini, pergi ke Makmal Komputer kerana Cikgu Noraini mahu kami semua memuatnaikkan satu post ke dalam blog kami.. saya dan nazri berusaha untuk menulis post ini, manakala ali dan khairi mencari blogskin kami..

kami tahu masih banyak lagi benda yang harus dimuatnaikkan.. kami berharap, semua anggota kumpulan kami akan dapat hadir pada perjumpaan kami satu hari nanti untuk membuat projek.. ini kerana selalunya pada perjumpaan kami, ada salah satu dari kami yang tidak dapat hadir dengan bermacam-macam alasan.. adakalanya kerana CCA dan kerja lain.. semoga kami akan dapat memenuhi keinginan cikgu, kerana markah dari projek ini ialah markah peperiksaan pertengahan tahun..


terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca post kami ini..
=)

No comments: